Lintas Fikir Pada Tulisan
Hai, dah dua tahun rasanya saya last update entry di blog usang ini. Sungguh masa itu ada tapi rasanya hilang begitu sahaja sejak balik Malaysia lima tahun lalu. Sampaikan ambil keputusan lock blog selama dua tahun terakhir ni. Banyak benda berlaku sepanjang sepi dari dunia blog tapi tak lalu nak update. Mungkin kerna usia dah makin meningkat membuat hati kurang selesa untuk berkongsi lebih soal kehidupan di media sosial.
Telinga lagi aktif.Tahun ni bulan ni tetiba rasa yang hilang tu muncul kembali, mungkin hati memang terikat dengan penulisan sejak dulu (sejak masuk ke dunia blog tahun 2010) keseronokan menulis tu hanya seorang penulis sahaja dapat rasa. Soal orang baca tak baca itu kemudian, tapi soal kepuasan bila dapat memuntahkan idea atau pandangan yang melimpah-ruah dalam otak. Mungkin juga asbab personaliti saya yang lebih cenderung kepada introvert yang telinganya lagi aktif daripada mulut. Justeru, cara untuk saya lontarkan lintasan fikir iaitulah melalui tulisan.
Pernah seseorang menyatakan pandangan tentang penulisan saya suatu ketika dahulu setelah sekian lama saya berhenti mengpost status di facebook. Katanya "Kenapa awak dah tak update status facebook? Suka baca penulisan awak". Itulah pujian pertama. Terkejut. Rupanya dalam diam ada yang menanti-nanti penulisan atau idea saya. Terima kasih buat dia.
Otak sesak.Kata orang manusia yang suka menulis ni adalah mereka yang kuat berfikir. Kerna terlalu banyak fikir membuatkan otak sesak lalu cara melapangkan kembali otak iaitu dengan menulis buah fikirnya. Betul juga. Kadang ada sahaja lintasan fikir masuk seumpama "Kenapa Allah s.w.t menciptakan kejahatan padahal Dia bencikan ia?" ada lagi "Kenapa kucing tahu kat mana tuan dia berada?" atau "Kenapa gaya fikir manusia dalam menyelesaikan masalah hampir sama atau sama terus?" Dan begitulah seterusnya banyak lintasan yang penat untuk difikir, tidak termasuk lagi soal garis masa kehidupan; kerjaya, jodoh, ujian, pengakhiran (kematian) semuanya berada di kotak fikr hinggakan sampai ke tahap saya fikir yang saya sebenarnya cuma terlalu berfikir —overthinking.
Wallāhu'alam.
Pesan diri, pesan orang.

Comments
Post a Comment