Belajar Menerima Tujuan Hidup
Bila dibaca dan diamati setiap kisah luahan hidup seseorang di ruang media yang tersedia. Ada yang terpaksa berkorban kemahuan demi keluarga. Ada yang sedang lalui detik ujian dalam rumahtangga. Ada yang rela berkorban kerjaya impian demi ibu bapa, ada yang menjalani hidup sebagai penjaga anak-anak syurga. Begitu banyak kisah tauladan mahupun sempadan yang sentiasa ada sepanjang kitaran hidup manusia. Ada yang terpaksa menerima, ada yang seakan memberontak, ada yang tidak mampu hadap lagi, ada yang utuh dengan sabar, ada yang reda sepenuh hati. Begitu juga pelbagai reaksi penerimaan manusia terhadap setiap jalan cerita yang terbentang dihadapan mereka. Apa ibrah dari setiap kepelbagaian ini? Saya percaya, setiap manusia diciptakan bersebab, tanpa ada istilah 'sia-sia saya hidup' . Berpandukan firman Allah s.w.t : (أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَـٰكُمۡ عَبَثࣰا وَأَنَّكُمۡ إِلَیۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ) [Surah Al-Mu’minûn: ١١٥] "Maka adakah patut kamu menyangka bah...