Top 3 Surah Kegemaran Saya
Bicara soal kegemaran atau kesukaan, setiap manusia punya sudut pandang berbeza. Adakalanya sama, adakalanya tidak sama. Dia suka warna merah, saya suka warna biru. Dia suka makan kek, saya suka makan roti. Dia suka keluar rumah, saya suka duduk rumah. Walau kadang tu tiada sebab alasan kita tiba-tiba menyukai sesuatu itu namun itulah yang dinamakan citarasa manusia itu unik dan berbeza-beza. Kali ini saya mahu kongsikan antara surah kesukaan saya. Kenapa ada istilah suka pada surah-surah tertentu? Tidaklah saya bermaksud surah lain tidak disukai, namun ketika membaca surah ini, terasa lebih lekat dengan jiwa, seronok baca tafsirnya, boleh habiskan satu surah dengan sekali baca. 1) Surah Yusuf. Surah ke 12 mengikut turutan penyusunan Al-Quran, mempunyai 111 ayat, antara juzuk ke 12-13 dan merupakan surah Makiyyah iaitu surah yang bertemakan Qasas (kisah-kisah ibrah terdahulu). Sebab menyukai: • Berkonsepkan cerita. Dari awal hingga akhir surah menceritakan kisah Nabi Yusuf a.s yang b...