Posts

Showing posts with the label Slice Of Life

Top 3 Surah Kegemaran Saya

Image
Bicara soal kegemaran atau kesukaan, setiap manusia punya sudut pandang berbeza. Adakalanya sama, adakalanya tidak sama. Dia suka warna merah, saya suka warna biru. Dia suka makan kek, saya suka makan roti. Dia suka keluar rumah, saya suka duduk rumah. Walau kadang tu tiada sebab alasan kita tiba-tiba menyukai sesuatu itu namun itulah yang dinamakan citarasa manusia itu unik dan berbeza-beza. Kali ini saya mahu kongsikan antara surah kesukaan saya. Kenapa ada istilah suka pada surah-surah tertentu? Tidaklah saya bermaksud surah lain tidak disukai, namun ketika membaca surah ini, terasa lebih lekat dengan jiwa, seronok baca tafsirnya, boleh habiskan satu surah dengan sekali baca. 1) Surah Yusuf. Surah ke 12 mengikut turutan penyusunan Al-Quran, mempunyai 111 ayat, antara juzuk ke 12-13 dan merupakan surah Makiyyah iaitu surah yang bertemakan Qasas (kisah-kisah ibrah terdahulu). Sebab menyukai: • Berkonsepkan cerita. Dari awal hingga akhir surah menceritakan kisah Nabi Yusuf a.s yang b...

Kisah Burung Hijau Berparuh Panjang

Image
Suatu hari, sedang saya menunggu seseorang selesaikan urusannya di suatu tempat, tunggu lah saya di luar bangunan, duduk saja di situ dari minit ke minit sambil melihat seorang demi seorang melintasi, saya pula punya habit bila berada di luar atau sedang menunggu orang, jarang sekali saya bermain phone dek suka memerhati pergerakan dan perawakan manusia di sekeliling. Kadang-kadang dari situ pun boleh membuahkan ibrah. Lenanya saya memerhati gerak-geri manusia yang berganti keluar masuk premis tersebut tibalah waktu di mana seorang lelaki anggaran usia 40-an muncul, sambil menghembus asap rokok, dia menuju ke pintu masuk premis. Namun di tengah jalan dia menghentikan langkah kemudian membongkokkan sedikit badannya seperti mahu mengutip sesuatu. "Kenapa dengan pakcik ni?" fikirku. Lalu lelaki itu bangun dan bergerak masuk ke kawasan teduh sambil meletakkan sesuatu di lantai. Mataku masih ligat memerhatikan kejadian itu. Rupanya sesuatu yang diletaknya itu seekor burung kecil ...